Jumat, 31 Januari 2014

Video Nyanyian Tahun Baru Shila Di Shanghai

Shila Amzah


Umum mengetahui selepas selesai sahaja mengadakan konsert Malam Gala Amal Pamoga-Gaza pada malam 31 Desimber, penyanyi wanita, Shila Amzah terus bergegas untuk terbang ke Shanghai, China.
Pemergian Shila ke negara itu adalah untuk membuat persembahan sempena tahun baru yang sudah pun menjelma ketika ini.
Di sana, Shila telah membuat penampilan dalam Shanghai’s New Year Eve Countdown yang telah berlangsung di Mercedes Benz Arena.
Shila telah menyanyikan beberapa buah lagu yang ternyata memukau hati para penonton.
Setiap kali dia memulakan nyanyian, pastinya sorakan dan teriakan yang kuat dari para penonton dapat didengar.
Ini antara video-video yang memapatkan aksi dan persembahan Shila ketika di sana.
Shila dijadualkan akan pulang ke Malaysia pada esok hari, 3 Januari bagi menghadiri rehearsal Anugerah Juara Lagu (AJL) 2012.
Selepas AJL 2012, Shila akan terbang semula ke Shanghai untuk meneruskan kerjayanya di sana.
Semoga, tahun baru ini memberikan lebih lagi kegembiraan buat diri Shila dan semoga juga kerjayanya akan berjalan dengan lancar hingga mencapai apa yang dihajatinya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Kamis, 30 Januari 2014

Kesalahan Rogol Dipenjara Sehingga 30 Tahun


KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibentangkan pada Rabu memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing.

Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Bagi kesalahan jenayah seksual, rang undang-undang itu memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun berbanding 20 tahun ketika ini selain menaikkan hukuman minimum daripada lima tahun kepada 10 tahun.

Pindaan itu untuk memasukkan seksyen baharu 375B ke dalam Akta 574 (Kanun Keseksaan) yang memperuntukkan bagi kesalahan baharu rogol secara berkumpulan yang membawa hukuman pemenjaraan tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun.

Pindaan turut membabitkan meminda Seksyen 376B untuk menaikkan hukuman bagi sumbang mahram daripada tempoh pemenjaraan tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun kepada tidak kurang daripada 10 tahun dan lebih daripada 30 tahun.

Seksyen 377CA dipinda untuk menaikkan hukuman bagi rogol yang menggunakan apa-apa objek daripada tempoh pemenjaraan sehingga 20 tahun kepada tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun.

Rang undang-undang itu turut meminda seksyen 377E untuk menaikkan hukuman menghasut kanak-kanak melakukan perbuatan kelucahan yang melampau daripada tempoh pemenjaraan sehingga lima tahun kepada tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun.

Rang undang-undang itu turut memasukkan seksyen baharu 130X, 130Y, 130Z, 130ZA, 130ZB dan 130ZC ke dalam BabVIB untuk mewujudkan kesalahan tambahan seperti melindungi, bergaul, merekrut atau mengambil bahagian dalam kumpulan jenayah terancang serta menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan aktiviti jenayah terancang.

Bagi kategori jenayah terancang, rang undang-undang itu memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan boleh dikenakan denda.

Fasal tiga di dalam rang undang-undang itu turut memasukkan seksyen baharu 75A iaitu peruntukan bagi pemenjaraan mandatori tidak kurang daripada dua kali ganda tempoh lebih panjang bagi pesalah berulang yang melakukan kesalahan berat.

Tujuan pindaan juga untuk memasukkan seksyen baharu 326A yang memperuntukkan hukuman bagi pasangan yang menyebabkan kecederaan manakala kemasukan seksyen baharu 352A memperuntukkan hukuman bagi penggunaan kekerasan jenayah oleh pasangan.

Rang undang-undang itu turut memasukkan seksyen baharu 203A yang memperuntukkan bagi suatu kesalahan baharu iaitu mendedahkan maklumat yang membawa penalti denda tidak lebih daripada RM1 juta atau pemenjaraan bagi tempoh sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Tujuan pindaan juga untuk memasukkan seksyen baharu 121E berhubung tindakan menggunakan, mengiktiraf dan mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia.

Sesiapa yang mencacatkan, merosakkan, mengotori secara fizikal, bakar, meletakkan pada lantai atau tanah, memijak, mencemari, memusnahkan, menghina atau mempersoal dengan niat tidak menghormati mana-mana lambang atau bendera kebangsaan atau bendera negara asing hendaklah dihukum dengan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun dan boleh juga didenda.

Sesiapa yang menggunakan, mengiktiraf atau menggalakkan penggunaan mana-mana bendera yang bertujuan mewakili Malaysia selain daripada bendera dinyatakan sebagai bendera Malaysia di bawah Jadual kepada Akta 1963 Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) atau mana-mana negeri di Malaysia selain daripada bendera yang diperuntukkan berkaitan undang-undang di setiap negeri, hendaklah dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan boleh juga didenda. – BERNAMA

Rabu, 01 Januari 2014

Lara ibu ditinggalkan anak di hotel

KHAMIS, 8 MAC 2012

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.


KUALA LUMPUR - Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.
◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog Ipen